SKMM, PDRM perkukuh kerjasama atasi buli siber

Iklan
SKMM dan PDRM akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, kerjasama berkenaan akan dikukuhkan lagi bagi memastikan inisiatif tersebut berkesan dan memberi impak kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Ia termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) serta mempertimbangkan keperluan untuk menggubal atau mewujudkan akta baharu dalam menangani isu buli siber.

"Pengumuman itu menghantar isyarat penting bahawa kerajaan komited dan serius dalam menangani masalah buli siber yang berlaku sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

Iklan

"Langkah itu juga akan membolehkan pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih efektif selain membawa mereka yang terlibat ke mahkamah, sekali gus memberi pembelaan sewajarnya kepada mereka yang terkesan,” katanya pada Sabtu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan pengumuman oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bahawa kerajaan akan meneliti pindaan undang-undang sedia ada sebelum ini.

Iklan

SKMM dan Kementerian Komunikasi juga merancang untuk menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara untuk menyebarkan mesej dan modul cegah buli siber di segenap lapisan rakyat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!