Tok Mat sedia pertahan jawatan Timbalan Presiden UMNO

Iklan
Mohamad pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara di Dewan Sri Sayong, Felda Sungai Sayong, Tenggara di sini, pada Sabtu.

KOTA TINGGI - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersedia mempertahankan jawatannya sekiranya jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan dalam pemilihan UMNO pada tahun 2026 kelak.

Menteri Luar itu berpandangan jawatan itu perlu dipertandingkan secara sihat namun kesepakatan parti perlu dijaga agar tidak berpecah belah.

Iklan
Iklan

"Saya akan pertahankannya (jawatan Timbalan Presiden UMNO), kita akan bersilat sama-sama, kalah atau menang itu adat pertandingan dan biasa diamalkan dalam demokrasi yang sihat.

"Ini termasuk juga jawatan lain seperti di peringkat cawangan parti. Pemilihan parti untuk memantapkan dan memperkasakan parti terutama organisasi tersusun seperti UMNO," ujarnya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara di Dewan Sri Sayong, Felda Sungai Sayong, Tenggara di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Bahagian UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Iklan

Pada 14 Januari tahun lalu, majoriti perwakilan UMNO yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 menyatakan sokongan terhadap usul supaya dua jawatan itu tidak dipertandingkan pada pemilihan parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika itu berkata, perkara itu diputuskan menerusi majoriti undian daripada perwakilan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!