Geng Loyok aktif curi rim, tayar kereta tumpas

Iklan
Polis Tawau berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Loyok yang aktif melakukan kegiatan mencuri rim dan tayar kereta di sekitar daerah ini. Gambar hiasan

TAWAU - Polis Tawau berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Loyok yang aktif melakukan kegiatan mencuri rim dan tayar kereta di sekitar daerah ini.

Penahanan tiga suspek lelaki itu dibuat di lokasi berasingan sekitar Bandar Tawau sejak Rabu lalu susulan satu laporan polis yang diterima pada hari sama daripada seorang mangsa berhubung komponen kenderaannya yang dicuri.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa berusia 24 tahun mengatakan komponen kenderaan yang diletakkan di luar rumah dicuri oleh dua individu tidak dikenali.

"Ketika kejadian, mangsa tiada di rumah, namun disedari oleh ibu saudaranya sebelum bertindak menghubungi mangsa.

Iklan

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,000," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jasmin berkata, hasil maklumat dan risikan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berjaya mengesan suspek pertama dalam kes tersebut.

Iklan

"Suspek seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan di sebuah bengkel motosikal di kawasan kompleks Takada, di sini, pada jam 4.40 petang, Rabu lalu.

"Pihak polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama barang yang dicuri dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan judi," katanya.

Katanya lagi, susulan penahanan tersebut, seorang lagi lelaki warga asing berusia 24 tahun diberkas di kawasan Bandar Tawau pada jam 11.20 pagi, Khamis lalu.

"Tangkapan kedua-dua suspek berjaya mengesan seorang lagi suspek iaitu lelaki warga asing berusia 32 tahun di sekitar Bandar Tawau, pada jam 2.10 petang Jumaat.

"Semakan pada rekod jenayah lampau, suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan rompak yang dikehendaki pihak polis," katanya.

Sehubungan itu, Jasmin berkata, kesemua suspek dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!