Malaysia perlukan perubahan, jangan lembab dan duduk di takuk lama - PM

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) di sebuah hotel pada Sabtu. Foto Bernama

KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, negara seharusnya bergerak ke arah perubahan dan tidak terperangkap di takuk yang lama.

Menurut beliau, jika kesemua rakyat terlalu selesa, negara akan sentiasa ‘lembab’ meskipun mempunyai potensi yang besar untuk terus maju.

Iklan
Iklan

"Kalau Malaysia ini mahu kekal macam dulu lembab, tak meningkat kita kekalkan cara kita jangan buat perubahan.

"Sebab itu dalam hijrah, perlu bangun daripada kealpaan dan bangkit dari atas sampai bawah semuanya, untuk membawa perubahan dalam negara kita,” katanya.

Iklan

Menurut Perdana Menteri juga, negara sedang bergerak ke arah negara maju yang memerlukan bidang teknologi, kecerdasan buatan dan tranformasi hijau yang memerlukan tindakan progresif semua.

Namun, kata beliau, ia tidak akan dapat direalisasikan tanpa kekuatan rakyatnya yang mempunyai sifat perubahan.

Iklan

"Malaysia ini punyai keupaayan, kapasiti yang jauh lebih baik, kita boleh angkat martabat bangsa dan negara, kita boleh jadi contoh yang baik ekonominya, politiknya, sosialnya, pendidikannya kerana kekuatan asasnya ada.

"Kalau mahu meningkat percayalah tidak boleh dengan budaya lembab macam sekarang, mesti tegas dan tuntut perubahan,” tambahnya lagi ketika berucap pada majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), di sini, pada Sabtu. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!