Wanita parah diseret treler kritikal

Iklan
Laporan Sinar Harian.

SEPANG - Seorang wanita yang parah diseret treler kemalangan dekat Jalan Masjid KLIA di sini pada Jumaat dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Azman Shari'at berkata, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Cyberjaya.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang merupakan pembonceng motosikal ditunggang rakannya itu dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Cyberjaya.

"Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah kesan dari kejadian dialaminya dan berada dalam keadaan kritikal, manakala rakannya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Katanya, laporan sebelum ini dibuat pemandu treler terbabit berkaitan kejadian.

Beliau berkata, siasatan berdasarkan laporan dibuat individu terbabit mendapati dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dia memandu trelernya dari Seremban menghala ke Port Klang.

Iklan

"Pemandu treler mendakwa tidak perasan berlaku kemalangan dan menyedari kejadian apabila sebuah motosikal membunyikan hon kepadanya sebelum melihat sebuah motosikal lain diseret di bahagian tayar.

"Pemandu berkenaan kemudian memberhentikan trelernya untuk pemeriksaan sebelum dimaklumkan bahawa terdapat seorang wanita berada di antara tayar sebelah kiri dan terseret di atas jalan," katanya.

Katanya, mangsa yang merupakan pembonceng bersama seorang lagi rakannya yang menunggang motosikal itu kemudian dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan saksi dan mendapatkan laporan pakar.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan seorang pembonceng motosikal parah diseret treler sejauh kira-kira 80 meter dalam kejadian di Jalan Masjid KLIA, di sini.

Insiden membabitkan dua mangsa wanita berusia 25 dan 39 tahun sebelum motosikal dinaiki kedua-dua mereka bergesel dengan sebuah treler.

Pembonceng iaitu mangsa berusia 25 tahun telah terjatuh sebelum digilis sejauh kira-kira 80 meter serta tersepit dan keadaannya dilaporkan parah, manakala seorang lagi mangsa alami cedera ringan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!