Pemandu lari tinggalkan lori terbakar

Iklan
Sebuah lori membawa muatan batu terbakar dalam kejadian dekat Jalan Indah 1, Taman Serendah, pada Sabtu.

GOMBAK - Seorang lelaki warga asing bertindak melarikan diri selepas lori dipandunya terbakar dalam kejadian dekat Jalan Indah 1, Taman Serendah di sini, pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10.15 pagi.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, pemandu terbabit bertindak melarikan diri ketika kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadamkan kebakaran.

Iklan

"Api kemudiannya berjaya dikawal pada jam 11 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan