Menteri lawat SMART SBB Ala Sekinchan di Kota Belud

Iklan
SABAH - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengadakan lawatan kerja ke Program Gelombang Padi SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan dibawah seliaan syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Kota Belud, di sini, hari ini.

Objektif program itu adalah untuk membuktikan komitmen KPKM dalam memastikan keselamatan dan keterjaminan bekalan makanan negara khususnya di Sabah sentiasa mencukupi dan berdaya tahan.

KPKM dalam satu kenyataan berkata, lawatan itu bertujuan untuk mempromosikan kelestarian amalan pertanian dalam penghasilan padi bermula di Jelapang Padi Sabah sebagai contoh terbaik kepada kawasan penanaman yang lain.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Program SMART SBB di Sabah telahpun berjaya meningkatkan hasil daripada 2.8 metrik tan kepada 4.22 metrik tan iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus.

"Ia juga berjaya menarik minat sebuah kilang tempatan iaitu Kilang Padi Sri Sino Sdn Bhd yang menyasarkan keluasan keseluruhan 100 hektar bagi program ini. Sebagai permulaan, kawasan seluas 17 hektar dengan 16 orang peserta di Taun Gusi Peninting telah mula menanam pada musim ini,”jelasnya dalam satu kenyataan, di sini.



Bagi menggalakkan produktiviti penanaman padi, KPKM juga telah menyeragamkan harga lantai belian padi di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung iaitu RM1,300 pada Februari lalu.

"Perkara ini dilihat bukan sahaja mampu menyokong industri padi dan beras di Sabah dan Sarawak supaya terus kekal mampan dan berdaya saing malahan, kenaikan harga minimum belian padi ini berupaya membantu menambah pendapatan pesawah sekaligus menggalakkan mereka untuk meningkatkan pengeluaran padi Pada Oktober tahun lalu.



"KPKM telah mengambil langkah proaktif untuk mengimbangi bekalan dan harga beras di Sabah, Sarawak dan Labuan yang mana Kerajaan Persekutuan telah bersetuju memberi subsidi RM950 setiap tan pada harga borong bagi Beras Putih Import (BPI),”katanya.

Menurutnya, ia telah memberi kesan positif kepada harga pasaran runcit BPI sekitar RM28 sehingga RM30 bagi sekampit 10 kilogram di Sabah, Sarawak dan Labuan.

"KPKM juga telah memperuntukkan sebanyak RM66.87 juta bagi pelaksanaan tiga projek di Kota Belud melalui Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah. Keseluruhan projek ini akan memberikan manfaat sistem pengairan dan saliran yang mampan kepada kawasan penanaman padi seluas 2,100 hektar.



"Cadangan ini juga sekiranya diluluskan akan turut mencerminkan komitmen utuh Kerajaan MADANI melalui KPKM dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara ke arah peningkatan produktiviti, penjanaan pendapatan, potensi teknologi pertanian sekaligus memastikan kesejahteraan hidup dan kebajikan rakyat terus terpelihara,”katanya.