Maut ditetak rakan sendiri

Iklan
Gambar hiasan

SANDAKAN - [DIKEMAS KINI] Seorang pekerja ladang maut akibat ditetak salah seorang rakannya ketika mereka sedang minum minuman keras di kawasan rumah pekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Segaliud, di sini.

Mayat lelaki berusia 43 tahun ditemukan dengan kesan tetak pada bahagian kepala dan leher di belakang rumah kongsi pekerja kira-kira jam 6 pagi Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintenden K Ramasamy berkata, pihak polis Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan telah hadir ke lokasi untuk melakukan siasatan.

"Mayat tersebut adalah seorang lelaki warga asing telah mati dibunuh dengan kesan tetakan di bahagian belakang kepala dan leher. Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan hanya disedari oleh pekerja ladang pada awal pagi Khamis.

Iklan

"Siasatan awal mendapati pada malam Rabu, mangsa yang juga merupakan pekerja ladang sawit bersebelahan telah datang ke rumah kawannya di tempat kejadian untuk minum.

"Dipercayai semasa minum bersama rakan-rakannya, mangsa telah ditetak oleh salah seorang rakannya dengan mengunakan senjata tajam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Tambah Ramasamy lagi, sejurus kejadian itu berlaku, suspek yang juga merupakan seorang lelaki warga asing telah melarikan diri dari lokasi tersebut.

"Usaha memburu suspek sedang giat dilaksanakan oleh pihak polis untuk mengesan dan menangkap suspek.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!