SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM

Iklan
Anwar ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan NUTP di sebuah hotel pada Sabtu. Foto Bernama

BANGI - Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, SSPA akan diumum dan dimuktamadkan semasa Belanjawan 2025.

Iklan
Iklan

"Saya nak pastikan apabila saya umum begitu, segala kelompangan diisi," katanya pada majlis sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) di sini pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata, meskipun kerajaan dibebani hutang RM1.5 trilion namun ia komited dalam memastikan gaji penjawat awam dinaikkan melebihi 13 peratus bermula Disember ini.

Iklan
Anwar (tengah) bergambar kenangan bersama para tetamu pada Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan NUTP di sebuah hotel pada Sabtu. Foto Bernama

"SSPA ini ada dua pihak kritik. Ahli ekonomi kata Anwar tidak praktikal, dia nak popular maka tidak ada wang, dia naik juga dan jumlahnya besar. Yang satu pihak lagi (pembangkang) kata tidak mungkin berlaku," katanya.

Beliau berkata, kritikan itu bagaimanapun tidak mengganggu pandangan dan keputusan kerajaan dalam melaksanakan SSPA.

Iklan

Anwar berkata, beliau sebagai Menteri Kewangan bersama dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz serta warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertungkus lumus dan mencari jalan dalam melaksanakan perkara itu.

Pada 1 Mei lepas, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara.

Kenaikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!