Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi

Iklan
Asyraf Wajdi (tengah) bersama perwakilan UMNO Bahagian Taiping.

TAIPING - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan terus memperkukuhkan kerjasama termasuk di peringkat akar umbi demi kestabilan dan kemakmuran politik negara.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, meskipun menyedari perkara itu akan mengambil masa, namun ia tidak mustahil untuk dicapai.

Iklan
Iklan

"Dalam konteks Kerajaan Perpaduan ni pun sama juga...untuk parti-parti yang dulunya berseteru, tetapi apabila ditakdirkan bersama, ia akan ambil masa.

"Ini merupakan proses biasa sebab kita di peringkat pimpinan pun kita tidak ada pendekatan untuk memaksa dan lebih penting ia (kerjasama) berlaku secara semula jadi,” katanya yang juga Setiausaha Agung UMNO.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Taiping di Hotel Taiping Perdana yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie di sini pada Sabtu.

Pada 11 Julai lalu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan Kerajaan Perpaduan perlu memberi tumpuan kepada meningkatkan kerjasama di peringkat akar umbi membabitkan ahli PH dan BN. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!