Israel makin menggila, bedil 'bandar khemah' al-Mawasi

Iklan
Israel telah mula membedil kawasan al-Mawasi sejak bulan lalu. Foto AFP

KHAN YUNIS - Kementerian Kesihatan di Genting Gaza mendakwa lebih 70 terkorban manakala kira-kira 289 lagi cedera dalam kempen pengeboman ganas terbaharu dilancarkan rejim Zionis ke atas 'bandar khemah' di Rafah pada Sabtu.

"Pembunuhan beramai-ramai itu menyasarkan zon selamat ciptaan Israel, kem al-Mawasi yang menjadi tempat berlindung puluhan ribu penduduk di selatan Gaza hilang tempat tinggal sejak beberapa bulan lalu," ujar kementerian itu lagi.

Iklan
Iklan

Imej kesan kemusnahan dikongsi secara meluas di media sosial menunjukkan komuniti di kawasan itu cuba menyelamatkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan.

Angka korban kezaliman Israel itu dijangka meningkat memandangkan hospital sekitar dibanjiri mangsa cedera.

Iklan

Wartawan Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum yang melaporkan dari Deir el-Balah di tengah Gaza mengesahkan kempen genosid terbaharu itu yang menyaksikan kawasan itu turut dibedil lima misil.

"Al-Mawasi sudah bermandi darah dan berdepan kebinasaan dahsyat," ujarnya.

Iklan

Difahamkan, serangan itu dilancarkan selepas rejim Zionis membedil tengah wilayah tersebut ketika proses rundingan damai masih gagal mencapai kesepakatan untuk melaksanakan gencatan senjata secara kekal. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!