Menteri Sukan Perancis berenang di Sungai Seine menjelang Olimpik Paris

Iklan
Oudéa-Castéra (kiri) berenang bersama atlet para-triatlon Perancis, Alexis Hanquinquant di Sungai Seine pada Sabtu. Foto AP

MENTERI Sukan Perancis, Amélie Oudéa-Castéra, berenang di Sungai Seine pada Sabtu - kurang dua minggu sebelum bermulanya Sukan Olimpik Paris, lokasi di mana atlet triatlon dan perenang air terbuka akan bertanding dalam acara mereka di sungai itu.

Mengenakan pakaian renang, Oudéa-Castéra berenang bersama atlet para-triatlon Perancis, Alexis Hanquinquant.

Iklan
Iklan

Acara itu berlangsung berhampiran Pont Alexandre III di mana acara renang triatlon Olimpik akan diadakan, dan acara renang air terbuka juga akan berlangsung di situ semasa temasya sukan dunia dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Oudéa-Castéra berenang sehari selepas bandar raya itu memaklumkan bahawa kualiti air Sungai Seine cukup baik untuk menganjurkan acara Olimpik yang dirancang dalam enam dari tujuh hari terakhir.

Iklan

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, juga merancang untuk berenang di Sungai Seine pada Rabu, dan begitu juga Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Hidalgo pada mulanya ingin melakukan renangan pada 23 Jun tetapi kualiti air pada masa itu dianggap tidak cukup baik.

Iklan

Hujan lebat di Paris dan kawasan hulu merupakan sebab utama masalah kualiti air. - Bernama-dpa

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!