Liga Super: VAR buat Sabah merana

Iklan
Video bantuan pengadil (VAR) memihak JDT dalam kemenangan 3-1 di Stadium Likas. Foto MFL

SUDAH lama tidak melihat sesebuah pasukan mampu menjelmakan satu saingan sengit kepada juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Tetapi dua situasi video bantuan pengadil (VAR) memihak JDT dalam kemenangan 3-1 di Stadium Likas itu, sebentar tadi mencerminkan takhta JDT mampu digugat.

Iklan
Iklan

Jaringan awal kesilapan penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat, yang gagal membaca sepakan penjuru Arif Aiman Hanapi menyaksikan mereka ketinggalan menerusi tandukan Romel Morales yang menyudahkan sepakan penjuru pada minit ke-21.

Moral pemain Sabah yang menggunakan formasi 4-2-3-1 itu tidak goyah apabila menghadirkan ancaman ke kubu Harimau Selatan.

Iklan

Begitupun, ketabahan mereka kembali diuji apabila pengadil, Razlan Joffri, mengesahkan jaringannya yang tidak ofsaid selepas semakan VAR.

Sang Badak, bagaimanapun, keluar dari bilik persalinan dengan semangat lebih membara.

Iklan

Usaha awal babak kedua itu membuahkan hasil apabila pertahanan, Gabriel Peres, menjadikan 1-2 dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas Matthew Davies didapati bersalah kerana menarik jersi Park Tae-soo.

Beberapa minit berselang, tampanan Cifu pula meliar di depan gawang JDT.

Dan di penghujung permainan, Harimau Selatan melebarkan kelebihan mereka apabila Razlan kembali menunding ke arah titik 12 ela selepas semakan VAR.

Rawilson Batuil didapati bersalah atas terjahan kasarnya ke atas Arif Aiman.

Padahal senario hampir serupa juga berlaku pada minit ke-64 yang menyaksikan Morales menerima terjahan daripada Dominic Tan, namun berbeza daripada segi keputusannya. - Stadium Astro

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!