Tanam Pokok Bakau

Iklan

Sebahagian para peserta sedang menanam pokok bakau pada Majlis Tanam 500 Anak Pokok Bakau sempena Program Penghijauan Malaysia-Kempen Penanaman 100 juta pokok di Hutan Simpan Sungai Merbok, di Sungai Petani, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan), Datuk Zahari Ibrahim berkata sebanyak 500 anak pokok bakau minyak spesis Rhizophora Apiculata berjaya ditanam menerusi program Alam Be-Leaf Mangrove Tree Planting yang diadakan di kompartmen 11 kawasan Hutan Simpan Sungai Merbok.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kempen yang mensasarkan penanaman 100 juta pokok di seluruh negara ini diadakan bermula tahun 2021 sehingga tahun hadapan dan sehingga hari ini, sebanyak 91.1 juta anak pokok bakau merangkumi lebih 1,000 spesis telah ditanam di seluruh negara. Foto Bernama