Bayi 12 bulan merangkak tepi lebuh raya

Iklan
Lokasi lebuh raya di mana 'bayi ajaib' itu ditemui pada Selasa lalu. Foto Agensi

NEW ORLEANS - Reginald Walton baharu sahaja selesai membuat penghantaran di Texas dan sedang dalam perjalanan menuju ke Louisiana, Amerika Syarikat (AS) ketika dia terlihat sosok seperti anak patung sedang merangkak di tepi lebuh raya.

"Saya terus menghubungi talian kecemasan 911," kata pemandu treler, Walton kepada Associated Press (AP) pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bayi itu terus duduk dan tersenyum apabila melihatnya.

"Dia kemudiannya cuba bangun dan mula menangis serta menuju ke arah saya. Dia terus berhenti menangis apabila saya memegang tangannya.

Iklan

"Saya berasa sangat sedih apabila memikirkan ada yang sanggup meninggalkan bayi sendiri di tepi jalan. Saya bersyukur kerana dapat membantunya," ujarnya lagi ketika 'bertemu' dengan bayi itu pada Selasa lalu.

Difahamkan, pihak berkuasa giat menjejaki 'bayi ajaib' itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.

Iklan

Syerif Calcasieu Parish, Gary Guillory memaklumkan bayi lelaki berusia 12 bulan itu dipercayai 'berlegar-legar' sendirian selama 48 jam ketika Hurikan Beryl yang membawa angin kencang dan hujan lebat melanda Texas.

Beberapa jam selepas Walton menyelamatkan bayi itu, Guillory mengesahkan bayi itu berada dalam keadaan baik meskipun tubuhnya dipenuhi kesan gigitan serangga.

Dia akan diserahkan kepada pihak berkuasa perkhidmatan keluarga negeri.

Pada Isnin, pihak berkuasa menahan ibu mangsa, Aaliyah Jack, 25, di Meridian, Mississippi dan suspek kemudiannya dikenakan beberapa pertuduhan termasuk pembunuhan darjah kedua di Louisiana. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!