Mbappe rancang beli kelab Ligue 2

Iklan
Mbappe. Foto Agensi

KYLIAN Mbappe dan keluarganya sedang dalam perbincangan 'lanjutan' mengenai kemungkinan pengambilalihan sebuah kelab yang hampir disertainya pada tahun 2013, menurut laporan di Perancis.

Penyerang berusia 25 tahun itu akan diperkenalkan sebagai pemain Real Madrid pada Selasa ini selepas perpindahannya ke Los Blancos disahkan bulan lalu.

Iklan
Iklan

Bagi meraikan ketibaannya, sebuah pentas akan dipasang dari bilik persalinan Bernabeu ke pentas besar, dengan lebih 80,000 peminat menyaksikan kesan api, pemuzik secara langsung dan pertunjukan bunga api yang spektakuler.

Di luar padang, Mbappe dan keluarganya dilaporkan sedang berusaha untuk melabur dalam pasukan Ligue 2, Stade Malherbe Caen, menurut laporan dari Ouest-France.

Iklan

Caen kini sedang mencari pelabur baru selepas firma pengurusan aset Amerika Syarikat (AS), Oaktree Capital Management, memaklumkan kepada pemegang saham minoriti kelab itu bahawa mereka akan menarik diri dari pemilikan kelab.

Perusahaan keluarga Mbappe, yang melibatkan ibunya, Fayza Lamari, berminat untuk memperoleh pegangan majoriti dalam pemilikan Caen.

Iklan

Sebenarnya, perbincangan telah berada di peringkat lanjut, menurut laporan itu.

Mbappe hampir menyertai Caen pada 2013 tetapi perjanjian itu tidak direalisasikan apabila kelab tersebut tersingkir dari Ligue 1, menyaksikan Mbappe kemudiannya menyertai AS Monaco.

Laurent Glaize iaitu yang ketua pengambilan pemain muda di Caen pada tahun 2013 pernah memberitahu media Perancis, Maville, mengenai pemantauan Mbappe pada usia muda.

"Pada awalnya, jaringan kami di Paris menghubungi kami dan dia memberitahu bahawa dia telah melihat melihat satu fenomena. Kami menghantar pengurus pencari bakat kami ke Paris untuk melihatnya bermain di Bondy.

"Dia mengesahkan. Kemudian David Lasry (ketika itu ejen pencari bakat muda di SM Caen dan pembantu Glaize) pergi untuk melihatnya. David biasanya tidak terlalu teruja. Kemudian, dia menelefon saya, dia teruja: 'Laurent, saya ada calon Ballon d'Or masa depan di depan saya!'

"Kylian baru berumur 12 tahun. Secara teknikal, dia sudah tahu bagaimana untuk melakukan semuanya. Dia mempunyai dribble yang luar biasa, dan yang paling penting, dia melakukannya dengan cepat.

"Dia mempunyai kecerdasan permainan seperti lelaki berusia 15-16 tahun. Dia masih kecil dan kurus, tetapi potensi perkembangan atletiknya sangat jelas," katanya.

Glaize menambah:"Sepanjang kerjaya saya, sejujurnya, saya tidak pernah melihat pemain sepertinya."

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!