Dilema ahli Parlimen kerajaan beralih sokongan
Iklan
KEPUTUSAN Speaker Parlimen, Tan Sri Johari Abdul mengekalkan enam kerusi Parlimen wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berpaling tadah menyebabkan ramai pihak menyuarakan kebimbangan berulangnya Langkah Sheraton.
Dengan sejumlah 42 ahli Parlimen bertindak menjadi ‘katak politik’ pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerajaan pimpinan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya bersetuju menggubal Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Anti Lompat Parti bagi mengekang amalan itu daripada terus berlaku.