Bapa tiri, ibu ditahan disyaki dera dua anak

Iklan
Bapa tiri dan ibu kepada dua kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun ditahan selepas disyaki mendera anak mereka.Gambar hiasan (Gambar kecil: Hanyan)

KEMAMAN – Polis menahan bapa tiri dan ibu kepada dua kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun selepas disyaki mendera anak mereka.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek yang merupakan seorang buruh kontrak dan isteri ditahan di Jalan Jabor Kubur, Chukai di sini kira-kira jam 8 malam pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penahanan suspek yang berusia 30 tahun dan isteri berusia 26 tahun itu dibuat susulan aduan diterima daripada seorang individu yang mendakwa melihat dua kanak-kanak lelaki dan perempuan itu dipukul di hadapan rumah mereka sekitar jam 5 petang pada hari yang sama.

Menurut Hanyan, kedua-dua mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan adik perempuannya telah dibawa ke Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan lanjut.

Iklan

"Hasil pemeriksaan awal oleh pihak hospital menemukan kesan kecederaan lama dan baharu membabitkan hampir keseluruhan anggota tubuh mereka.

"Mangsa kini masih dirawat di hospital dan akan diletakkan di bawah jagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Iklan

Beliau berkata, kedua-dua ibu dan bapa mangsa akan ditahan reman pada Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!