Penduduk Israel tunjuk perasaan desak PM Netanyahu letak jawatan

Iklan
Protes anti-kerajaan Israel diteruskan di jalan raya di Tel Aviv mendesak Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meletak jawatan pada Sabtu. - REUTERS

PROTES anti-kerajaan Israel diteruskan di jalan raya di Tel Aviv pada Sabtu mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meletak jawatan.

Majoriti penunjuk perasaan mengibarkan bendera sambil membawa sepanduk mengkritik kepimpinan Netanyahu berhubung isu-isu penting seperti membawa pulang tebusan dari Gaza dan bersetuju untuk genjatan senjata.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, protes mingguan ini semakin kerap diadakan ketika konflik di Gaza masih berlanjutan.

Pada Sabtu, serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 90 orang Palestin di zon kemanusiaan di Gaza.

Iklan

Penduduk yang yang berlindung di kawasan itu memaklumkan khemah mereka musnah akibat serangan tersebut dan memberitahu mayat dan anggota badan bertebaran di atas tanah.

Sementara itu, ramai penduduk cedera dalam serangan itu, termasuk wanita dan kanak-kanak yang dibawa ke Hospital Nasser berhampiran kawasan kejadian.

Iklan

Menurut pegawai bertugas, hospital tidak lagi mampu berfungsi penampung pesakit disebabkan intensiti serangan Israel dan kekurangan bekalan perubatan akut. - Agensi/ Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!