Kembang perusahaan Jepun di Malaysia: Dr Mahathir

Iklan
Dr Mahathir (duduk tiga dari kiri) berucap pada Program Santai Bersama Usahawan Berjaya anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Setia City Convention Centre Setia Alam. -Foto Bernama

SHAH ALAM - Kerajaan mengenal pasti beberapa perusahaan di Okinawa, Jepun yang mempunyai potensi untuk dikembangkan di Malaysia.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan bercadang mencari pihak yang berminat untuk dihantar ke negara matahari terbit itu bagi mempelajari model perniagaan di sana.

Iklan
Iklan

"Saya baru-baru ini ke Okinawa dan telah mengenal pasti beberapa bentuk perusahaan yang boleh diusahakan oleh kita di Malaysia.

"Saya melawat kilang berasaskan kaca dan melihat bagaimana produk-produk yang dihasilkan cukup cantik.

Iklan

"Mereka meminta saya untuk membuat produk menggunakan kaca. Bagaimana saya boleh buat kerana tidak pernah. Percaya atau tidak dalam tempoh 15 minit saya boleh hasilkan gelas merah. walaupun bukanlah terbaik tetapi boleh digunakan," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Iklan

Pada 2 Januari lalu, Dr Mahathir menerusi blognya berkongsi pandangan mengenai kedai milik koperasi kampung yang ditemuinya di Okinawa, Jepun dan tertanya-tanya sama ada model sama boleh dilaksanakan di Malaysia.

Menurutnya, setiap kampung mempunyai kedai milik bersama dan ia sejenis koperasi, dimiliki dan diuruskan oleh penduduk.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, setiap individu perlu mencabar diri dengan melakukan perkara yang tidak pernah dibuat olehnya.

"Kalau kita ada kebolehan tetapi kalau tidak ada usaha, kita tidak akan dapat menggunakan kebolehan tersebut," katanya.

Beliau turut menyatakan mahu melihat lebih ramai mereka yang tinggal di luar bandar berjaya.

"Wujud jurang antara yang tinggal di luar bandar dengan bandar daripada sudut kekayaan.

"Akan tetapi, kalau belajar tentang selok belok berniaga, kita (mereka di luar bandar) dapat menjana pendapatan tinggi atau mungkin lebih daripada yang di bandar.

"Kita perlu ingat rezeki yang besar datangnya daripada perniagaan. Kalau kerja makan gaji, memang tidak akan kaya tetapi jika nak berniaga, kita boleh jadi jutawan," katanya.