Ahli Parlimen perlu tangani perubahan iklim lebih berkesan

Iklan
Johari menyampaikan ucapan sewaktu menghadiri Climate Resilience in Southeast Asia: Strengthening the Role of Parliamentarians Conference di Kuala Lumpur.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen perlu melipatgandakan peranan mereka dalam menangani mitigasi perubahan iklim secara berkesan di kawasan masing-masing.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, menerusi pendidikan atau jangkauan tentang perubahan iklim dapat menjadi sumber rujukan dalam mendepani krisis tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ahli Parlimen perlu menyuarakan isu yang dihadapi oleh rakyat dalam menangani masalah itu.

"Melalui ucapan saya sewaktu menghadiri ‘Climate Resilience in Southeast Asia: Strengthening the Role of Parliamentarians Conference’ di Kuala Lumpur, saya telah menekankan bahawa ASEAN kini sedang mendepani krisis perubahan iklim yang menjejaskan hak asasi manusia keseluruhannya.

Iklan

"Bagi mendepani masalah ini kita perlu memainkan peranan dalam menangani isu perubahan iklim dengan lebih baik.

"Sudah tentu, ahli Parlimen juga dapat menyuarakan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat mengenai perubahan iklim dalam Dewan Rakyat dan platform penggubalan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!