Karnival Usahawan Desa, Hari Peneroka Felda digabungkan tahun depan

Iklan
Ahmad Zahid Hamidi. Foto Bernama

SERDANG - Penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Hari Peneroka Felda akan digabungkan tahun depan dengan sasaran kehadiran sebanyak dua juta pengunjung, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sambutan itu akan dikendalikan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang berpengalaman menganjurkan KUD yang memasuki edisi kesembilan tahun lepas.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH tahun depan saya berazam dengan KSU (Ketua Setiausaha) KKDW (Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar) yang baharu, Hari Peneroka Felda hendaklah didukung oleh KKDW.

"Kalau tahun lepas KUD@Putrajaya dikunjungi 1.5 juta pengunjung, ditambah dengan dukungan daripada generasi pertama hingga generasi kelima Felda, insya-ALLAH kita sasar Hari Peneroka Felda tahun depan kita capai dua juta pengunjung,” katanya.

Iklan
Iklan

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF), Anugerah Masjid Contoh (AMC) dan Anugerah Tokoh Imam Felda (ATIF) bersempena dengan Hari Peneroka Felda 2024 di sini pada Ahad.

AKAN MENYUSUL