LANGKAWI - Sebuah agensi pelancongan menafikan dakwaan kononnya gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan ratusan warga China tiba di pulau ini kerana lari daripada wabak koronavirus yang dialami di negara itu.
Pengurus Pemasaran Fantastic Tour Sdn Bhd, Mohd Fadhil Kamaruddin berkata, gambar yang tular itu sebenarnya adalah ketibaan penumpang dari Nanjing, China pada 17 Januari lepas melalui agensi pelancongannya.