Boleh guna peruntukan Marris untuk pasang jambatan bailey

Iklan
Ahmad Maslan (tengah) ketika melawat tapak pemasangan jambatan bailey Kampung Permatang Sepam, Benut, pada Sabtu.

PONTIAN – Peruntukan dari Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) kerajaan Persekutuan kini boleh digunakan negeri bagi pemasangan jambatan Bailey sebagai laluan sementara.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut dibuat semasa Mesyurat Majlis Kewangan Negara (MMKN) pada Februari lalu.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, sembilan negeri di Semenanjung telah menyatakan persetujuan untuk menggunakan peruntukkan tersebut bagi membeli jambatan bailey dianggarkan berharga RM4 hingga RM6 juta.

"Jambatan bailey amat diperlukan terutama di kawasan pendalaman yang mempunyai sungai dan terjejas dengan bencana seperti banjir atau tanah mendap," ujarnya.

Jambatan bailey Kampung Permatang Sepam, Benut dijangka siap dipasang pada minggu depan.

Iklan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian selepas melawat tapak jambatan bailey di Kampung Permatang Sepam, Benut, pada Sabtu.

Menurut Ahmad, JKR yang mempunyai kepakaran dari segi teknikal akan membantu pemasangan jambatan bailey supaya ia dapat disiapkan dalam tempoh segera.

Iklan

"Kementerian Kerja Raya menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan peruntukkan Marris digunakan bagi membeli jambatan bailey.

"Ini kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah penduduk atau rakyat terkesan apabila laluan perhubungan mereka terputus terutama ketika banjir," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, setakat ini JKR telah memasang sebanyak 22 buah jambatan bailey diseluruh negara bertujuan sebagai laluan alternatif dalam tempoh setahun hingga dua tahun.

"Terbaharu jambatan bailey Kampung Permatang Sepam yang akan siap dipasang pada minggu depan, bagi mengantikan jambatan sedia ada yang mengalami kerosakan struktur," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!