PKNS lancar rumah bandar dua tingkat, Aludra Residensi

Iklan
Unit contoh Aludra Residensi.

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan projek terbaharu, Aludra Residensi di Selangor Cyber Valley (SCV) di sini pada Ahad.

Sebanyak 218 unit disediakan bagi projek rumah bandar dua tingkat merangkumi keluasan1,035 kaki persegi dan 1,055 kaki persegi dengan harga bermula RM555,000.

Iklan
Iklan

Menerusi projek ini, binaannya menonjolkan reka bentuk ‘barn house’ dengan persekitaran kondusif mengikut keperluan gaya hidup moden masa kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, PKNS yakin projek ini berpotensi menjadi pilihan bagi golongan yang ingin memiliki kediaman selesa dengan fasiliti serba lengkap.

Iklan

Menurutnya, projek ini dibangunkan di atas kawasan seluas 4.52 hektar bersamaan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM125 juta.

Mahmud (tiga dari kiri) melancarkan Aludra Residensi pada Ahad.

"Setiap unit merangkumi tiga bilik tidur serta dua bilik air, kediaman ini lengkap dengan kemudahan komuniti berpagar dan berkawal, trek joging, taman permainan kanak-kanak dan kawasan rekreasi berlandskap.

Iklan

"Malah, ia juga dilengkapi dengan rumah kelab persendirian eksklusif serta surau yang pastinya akan memberikan keselesaan tambahan kepada penghuninya," katanya pada majlis perasmian tersebut.

Katanya, Aludra Residensi dijangka siap pembinaannya pada Disember 2026 dengan 60 peratus tempahan telah dibuat setakat ini.

Ujar beliau, kemudahan utama lain ditawarkan adalah dewan serbaguna, ruang pejabat serta gimnasium.

Selain itu katanya, Aludra Residensi terletak di lokasi strategik dan mudah diakses melalui dua lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

"Lokasi projek ini juga berhampiran dengan beberapa bandar utama antaranya Cyberjaya hanya sejauh 4 kilometer (km), Putrajaya (12km), Kuala Lumpur City Centre (35km), pusat bandar Shah Alam (28km) dan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) (26km).

"Kelebihan projek ini juga kerana terletak berhampiran dengan beberapa sekolah dan pusat pengajian antaranya Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, Sekolah Antarabangsa ELC, Sekolah Antarabangsa Korea, Universiti Multimedia (MMU), Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS) dan lain-lain," katanya.

Mahmud (dua dari kiri) melancarkan Aludra Residensi pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, Aludra Residensi merupakan projek ketiga dilaksanakan di SCV yang kemudahan sentiasa ditambah baik mengikut perkembangan pasaran semasa.

Ujarnya, keseluruhan projek dengan GDV bernilai RM3 bilion membabitkan 7,500 unit dijangka siap dalam tempoh 10 tahun.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Aludra Residensi dan projek PKNS di SCV, sila hubungi Eksekutif Jualan PKNS di talian 03-5022 0187 atau WhatsApp 6010-9280187.

Layari laman sesawang www.pkns.gov.my untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai projek-projek hartanah PKNS.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!