Koronavirus: Dua kanak-kanak dari Guang Dong dikuarantin

Iklan
Kementerian Kesihatan memantau perkembangan terkini penularan wabak koronavirus di Malaysia dan seluruh dunia di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) hari ini. -Foto Bernama

LANGKAWI - Dua kanak-kanak perempuan dari Guang Dong, China dikuarantin di Hospital Sultanah Maliha (HSM) kerana disyaki mempunyai simptom wabak koronavirus.

Sumber memberitahu, kanak-kanak berusia empat dan dua tahun itu bersama ibu bapa mereka berada di Langkawi sejak Jumaat lalu untuk bercuti dan dimasukkan ke wad HSM pada jam 1 tengah hari ini.

Iklan
Iklan

Katanya, pihak hospital sedang membuat pemeriksaan lanjut dan keputusan belum diperoleh.

"Dua kanak-kanak perempuan itu cuma disyaki sahaja dan pemeriksaan lanjut akan dilakukan berdasar simptom pada mereka," katanya.

Iklan

Bagaimanapun, mengikut sumber itu ibu bapa kanak-kanak berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda berkaitan wabak itu.

"Mereka tiba Kuala Lumpur Isnin lalu sebelum meneruskan perjalanan ke Langkawi pada Jumaat.

Iklan

"Dua kanak-kanak itu menunjukkan tanda-tanda kurang sihat seperti selesema, demam dan batuk ketika berada di Langkawi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka korban koronavirus meningkat 55 orang

Wabak koronavirus di Malaysia belum serius: Tun M

Katanya, tanda-tanda yang ditunjukkan kanak-kanak itu bersifat umum tetapi disebabkan mereka datang dari China pemeriksaan lanjut perlu dilakukan.

"Sampel pemeriksaan sudah hantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.