Kempen PRK Nenggiri: DAP tunggu arahan Pusat bantu UMNO

Iklan
Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN - DAP belum memutuskan untuk turun menyertai UMNO dalam siri kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri pada bulan depan.

Naib Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini, tiada arahan daripada DAP Pusat kepada semua ahli parti itu berhubung gerak kerja berkempen untuk PRK tersebut.

Iklan
Iklan

"Ini berbalik kepada DAP Pusat untuk tentukan macam mana.

"Setakat ini, tiada arahan daripada Pusat. Sekiranya ada, kita akan turun, semuanya bergantung kepada arahan Pusat," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Buku 'Musings In George Town' di sini pada Ahad.

Iklan

Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata demikian ketika ditanya sama ada parti itu akan turun berkempen bagi membantu calon Pakatan Harapan yang akan diwakili UMNO di kerusi itu nanti.

Pada 19 Jun lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Iklan

Susulan daripada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!