Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari

Iklan
Laporan Sinar Harian.

SHAH ALAM - Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh sebelum ini ditahan 10 Julai lalu selepas disyaki terlibat penyelewengan derma disambung reman empat hari pada Ahad.

Majistret, Siti Zahirah Zaidon mengeluarkan perintah terhadap empat individu berkenaan selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan
Iklan

Permohonan reman berkenaan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya berikutan tempoh asal reman kesemua suspek tamat pada hari ini.

Pada Rabu, pasangan suami isteri terbabit bersama dua lagi individu ditahan SPRM kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Iklan

Kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an itu ditahan antara jam 6.30 petang hingga 11 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan sambungan tempoh reman berkenaan.

Iklan

Sebelum ini, timbul tanda tanya berhubung tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma orang ramai dengan peratusan yang tinggi.

Selain itu, mereka juga didakwa hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.

Berikutan itu, pasangan itu telah tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!