Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

CHUKAI - Pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes dera anak perempuan dan lelaki mereka berusia enam serta tujuh tahun, direman enam hari mulai hari ini hingga 19 Julai.

Perintah reman terhadap wanita berusia 26 tahun dan suaminya, 30, yang bekerja sebagai buruh itu dikeluarkan oleh Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi berkata, reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Polis menahan kedua-duanya di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur dekat sini kira-kira 8 malam tadi kerana disyaki mendera dua anak mereka.

Iklan

Tangkapan dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada saksi kejadian yang mendakwa mangsa disepak dan ditampar berkali-kali oleh suspek di hadapan rumah mereka.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan baharu dan lama pada kedua-dua mangsa yang kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!