Sukan Malaysia (SUKMA) 2024

Iklan
Orang ramai bergambar bersama Maskot Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 'Satria' dan 'Satrina' di Plaza Merdeka, hari ini.

SUKMA 2024 menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita; yang bakal berlangsung di sembilan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali iaitu pada 1990 dan 2016.