KUALA LUMPUR - Pengundi di luar negara yang tidak sempat pulang untuk mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini boleh memohon kertas undi pos daripada portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Permohonan kertas undi itu boleh dibuat dengan memuat turun dan mengisi borang 1B secara dalam talian dan diemel semula kepada alamat emel SPR, upup@spr.gov.my, selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 11 Januari, menurut portal rasmi SPR di sini, hari ini.