Mangsa rempuhan balak masih ditidurkan

Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, jurujual itu nyaris maut apabila dirempuh beberapa kayu balak ketika sedang berhenti dengan motosikalnya di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Gambar kecil: Siti Norelyana

KOTA BHARU - Wanita yang cedera parah akibat rempuhan kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini Selasa lalu masih ditidurkan.

Kakaknya, Roslinda Jusoh, 40, berkata, keadaan mangsa, Siti Norelyana Kamaruzaman, 21, juga dalam keadaan stabil namun di bawah pemantauan rapi pihak doktor.

Iklan
Iklan

"Dia masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Dia ditidurkan sejak dibawa ke hopsital ini bagi menggelakkan terlalu sakit akibat kecederaan dalaman yang dialami,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Iklan
Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim (kanan) ketika menziarahi ibu mangsa kemalangan. FB Rohani Ibrahim

Sementara itu, Roslinda memaklumkan pihaknya menyerahkan kepada doktor untuk melakukan prosedur terbaik bagi menyelamatkan anak ke-10 daripada 12 beradik itu.

"Setakat ini, belum ada keputusan muktamad berkait apa-apa prosedur ke atasnya,” kata wanita berkenaan.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, jurujual itu nyaris maut apabila dirempuh beberapa kayu balak ketika sedang berhenti dengan motosikalnya di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Siti Norelyana tercampak daripada motosikalnya akibat rempuhan kayu balak yang jatuh dari lori yang terbalik ketika mengambil selekoh di laluan bersebelahan dan mengalami akibat patah tulang punggung serta rusuk.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!