‘Ada pihak salahkan MCA kekalahan PRK Sungai Bakap’ - Ka Siong

Iklan
Wee Ka Siong

SHAH ALAM - MCA mendakwa ada pihak yang menyalahkan parti berkenaan susulan kekalahan calon Kerajaan Perpaduan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, perkara tersebut dibincangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Johor ke-5 pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Saya mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Johor ke-5 di Johor Bahru hari ini dan kami membincangkan beberapa isu berkaitan hal ehwal parti dan negara.

"Semasa kami mengulas tentang keputusan PRK Sungai Bakap, malangnya terdapat pihak tertentu yang menyalahkan MCA atas kekalahan calon Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Iklan

Ka Siong memaklumkan mesyuarat tersebut juga membincangkan isu-isu lain seperti GST, sistem e-invois dan inflasi.

Katanya, perkara berkenaan turut dibincangkan secara mendalam program matrikulasi.

Iklan

"Kami berharap Kementerian Pendidikan akan memastikan semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan diterima ke dalam program tersebut.

"Kami juga berharap pihak tersebut akan membetulkan cadangan skim ‘Derma dan Bina’ untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC),” tambahnya.

Selain itu, menurut Ka Siong, MCA Johor akan terus memainkan peranannya antara kerajaan negeri berkenaan dan rakyat untuk memastikan kepentingan rakyat terjaga.

"Kami juga akan bekerja keras dalam persiapan untuk pilihan raya akan datang bagi memastikan kemenangan terbesar untuk Barisan Nasional,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!