Sistem penggunaan senjata api libatkan Rela akan diubah - KDN

Iklan
Saifuddin (tengah) ketika sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Menteri Dalam Negeri Bersama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran KDN pada Ahad. - Foto: Bernama

KUALA NERUS - Sistem penggunaan senjata oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan diubah bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyalahgunaan senjata api terbabit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan mengkaji semula sistem penggunaan itu ekoran terdapat kes salah guna melibatkan anggota Rela sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Ekoran daripada kes itu mungkin kita ubah suai sistem kita.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Menteri Dalam Negeri Bersama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran KDN di sebuah hotel di sini pada malam Ahad.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhi hukuman penjara 30 tahun ke atas bekas anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) selepas mengaku bersalah menembak mati bekas Ketua MCA Bahagian Marang tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan hukuman itu selepas tertuduh, Ong Chow Lee, 59, mengaku bersalah selepas dua pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Melayu.

Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Fong Swee Fuan yang ketika itu berusia 65 tahun di sebuah bangsal di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang jam 1.55 petang pada 23 Julai 2021.

Selain itu, tertuduh turut mengaku salah melakukan cubaan bunuh sehingga menyebabkan kecederaan pada tangan seorang lagi mangsa iaitu Teo Hock Beng, 45, yang terkena tembakan ketika kejadian di lokasi, tarikh dan waktu yang sama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!