Mudahnya terpedaya cinta atas talian

Iklan
Ingatlah percintaan melalui media sosial ataupun platform ‘dating’ dalam talian adalah tidak benar. Foto hiasan

BARU-BARU ini seorang wanita berusia 60 tahun menjadi mangsa penipuan love scam.

Apa yang boleh dikata, ia kes menyedihkan biar pun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Iklan
Iklan

Sering dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu pun badan bukan kerajaan (NGO) menerusi kempen, suspek akan ‘memancing’ mangsa sunyi di media sosial seperti Facebook.

Mangsa tidak kira lelaki atau wanita, namun boleh dikatakan mereka yang kesunyian ini akan dijerat hingga timbul rasa sayang dan cinta.

Iklan

Malah, ada juga mangsa yang percaya dengan ajakan untuk berkahwin biar pun tidak pernah berjumpa.

Berdasarkan contoh kes yang dilaporkan, suspek mendakwa sebagai warga asing menetap di United Kingdom dan akan datang ke Malaysia untuk mendapatkan projek cari gali minyak.

Iklan

Bagi mendapatkan projek, lelaki tersebut meminta pengadu meminjamkan wang modal dengan jaminan ia akan dipulangkan.

Kerana 'sayang', mangsa kemudian membuat beberapa transaksi hingga terjerat kerugian puluhan hingga jutaan ringgit.

Begitulah situasi love scam yang menjadi antara jenayah dalam talian yang direkodkan dalam negara hingga ke hari ini, biar pun pelaksanaan pelbagai kempen kesedaran menerusi pelbagai medium serta laporan akhbar.

Kes ini sangat serius kerana kerugian yang berlaku melibatkan angka yang besar.

Pastinya jenayah ini mendapat perhatian besar apatah lagi Dream Film bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM buat julung kalinya bekerjasama mengadaptasi kisah sebenar mengenai love scam menerusi tayangan filem berjudul Oppa.

Filem berdurasi 90 minit yang menelan kos RM1 juta itu mengisahkan seorang guru sekolah rendah yang mendambakan cinta dan bertemu jejaka idamannya di dunia maya tanpa menyedari dirinya terpedaya dengan sindiket love scam.

Sebagai peringatan lagi untuk masyarakat, mereka yang berkenalan dengan rakan maya dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah mempercayai janji-janji manis yang diberikan.

Ingatlah percintaan melalui media sosial ataupun platform ‘dating’ dalam talian adalah tidak benar.

Lebih-lebih lagi apabila satu pihak menabur pelbagai janji dan berterusan meminta wang walau tidak pernah bertemu secara realiti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!