Lamine Yamal pecah rekod Pele

Iklan
Lamine Yamal - Foto: EPA

LAMINE Yamal telah menjadi pemain termuda beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan utama memecahkan rekod yang dipegang oleh legenda Brazil, Pele.

Yamal, yang berusia 17 tahun sehari sebelum perlawanan akhir Euro 2024 cemerlang bersama Sepanyol mengumpul satu gol dan tiga bantuan gol untuk membawa negaranya ke final menentang England pada awal pagi Isnin.

Iklan
Iklan

Pada usia hanya 17 tahun dan sehari, Yamal menjadi pemain termuda dalam sejarah final kejohanan utama, 66 tahun selepas Pele mencipta rekod itu.

Pele berusia 17 tahun dan 249 hari ketika dia membarisi Brazil dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1958. Dia menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan 5-2 ke atas Sweden.

Iklan

Selepas kempen sensasi bersama Barcelona, ​​Yamal memastikan dia terus diberikan perhatian dunia menerusi persembahan cemerlang di Euro termasuk menyerlah ketika membantu pasukannya menewaskan Perancis di separuh akhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan