Guna helikopter padam kebakaran sampah

Iklan
Anggota bomba yang bertugas 24 jam sehari secara bergilir di tapak pelupusan sampah yang terbakar sejak 20 Januari lalu.

ALOR SETAR - Usaha memadam kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Semeling, Sungai Petani masih diteruskan sejak ia dilaporkan terbakar pada 20 Januari lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kebakaran masih berlaku membabitkan kawasan seluas 3,600 meter persegi (0.36 hektar).

Iklan
Iklan

"Operasi memadam diteruskan hari ini (semalam) dengan kaedah water bombing yang dilakukan menggunakan helikopter Agusta AW 189 milik JBPM dari Pangkalan Subang.

"Pemadaman api bermula jam 12.15 tengah hari, sebanyak dua beg water bombing yang dilepaskan dari udara ke lokasi kebakaran," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pasukan operasi sentiasa memantau kebakaran bagi memastikan tidak merebak ke kawasan longgokan sampah lain.

Iklan

Menurutnya, bantuan jentera hidrosub dan sebuah lori tangki air daripada JBPM Perak serta sebuah lagi daripada JBPM Pulau Pinang turut digunakan dalam operasi membabitkan 25 anggota bomba.

Pada 20 Januari lalu, tapak pelupusan sampah itu dilaporkan terbakar melibatkan kawasan seluas kira-kira 55.74 meter persegi daripada jumlah keluasan tapak pelupusan sampah tersebut yang dianggarkan seluas empat hektar. - Bernama

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek bakar tapak pelupusan sampah ditahan

Tapak Pelupusan Sampah Semeling masih terbakar