Enam pemain kongsi Kasut Emas Euro 2024

Iklan
Harry Kane

DANI Olmo, Harry Kane dan Jamal Musiala berkongsi Kasut Emas Euro 2024 dengan tiga pemain lain selepas menamatkan kejohanan dengan masing-masing meledak tiga gol.

Sebelum ini, bantuan jaringan telah digunakan sebagai penentu yang akan membolehkan pemain RB Leipzig dan pemain tengah Sepanyol Olmo memenangi anugerah itu, tetapi UEFA mengumumkan edisi tahun ini akan diputuskan berdasarkan kiraan gol sahaja.

Iklan
Iklan

Olmo dan Kane berpeluang muncul pemenang tunggal Kasut Emas itu sekiranya menjaringkan gol pada perlawanan akhir, namun mereka gagal melakukannya.

Selain mereka bertiga, pemain Belanda, Cody Gakpo, Ivan Schranz (Slovakia) dan Georges Mikautadze (Georgia) menamatkan saingan dengan jumlah gol yang sama.

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!