CARLOS Alcaraz dari Sepanyol berada dalam kelas tersendiri apabila mempertahankan gelaran Wimbledon selepas mengalahkan Novak Djokovic di London, malam Ahad.
Di sebalik kemenangan 6-2, 6-2, 7-6(4), Alcaraz tetap percaya lawan dari Serbia itu kekal sebagai 'Superman' dalam arena tenis dunia.
Iklan
Iklan
Justeru, pemain berusia 21 tahun itu mahu menikmati perjalanan menakjubkan kariernya setakat ini berbanding memikirkan terlalu jauh mengenai masa depannya.
Menerusi kejayaan tersebut, Alcaraz kini mengumpul empat trofi Grand Slam dengan rekod sempurna dalam final utama, selepas dua kemenangan Wimbledon, kejuaraan Terbuka AS pada 2022 dan Terbuka Perancis bulan lalu.
Biarpun masih muda, namun Alcaraz enggan terlalu memikirkan kemampuannya untuk terus meraih gelaran kerana dia tidak mengetahui had kemampuannya.
"Kita lihat nanti di akhir karier saya sama ada 25, 30, 15 atau empat gelaran Grand Slam. Saya tidak tahu. Saya hanya mahu menikmati perjalanan ini dan melihat apa yang berlaku pada masa depan," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!