Biden gesa siasatan bebas insiden tembakan Trump

Iklan
Biden menyeru agar rakyat negara itu bersatu susulan cubaan membunuh terhadap Trump. Foto AFP

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyeru agar rakyat negara itu bersatu susulan cubaan membunuh terhadap Donald Trump dan menyatakan siasatan mengenai kejadian tembakan pada Sabtu itu sedang dijalankan, lapor United Press International (UPI).

"Malam tadi, saya bercakap dengan Donald Trump. Saya amat bersyukur kerana beliau berada dalam keadaan baik. Kami berbual ringkas tetapi baik," kata Biden dalam ucapan dari Rumah Putih pada Ahad.

Iklan
Iklan

Sebagai bekas presiden dan calon Republikan untuk pemilihan 2024, Biden berkata, Trump menerima tahap keselamatan yang tinggi daripada Perkhidmatan Rahsia dan itu akan diteruskan.

Menurut Biden, beliau telah mengarahkan Perkhidmatan Rahsia untuk menyemak semua langkah keselamatan bagi Konvensyen Nasional Republikan, yang dijadualkan bermula Isnin di Milwaukee.

Iklan

Beliau turut menggesa siasatan bebas terhadap keselamatan di perhimpunan di Pennsylvania pada Sabtu di mana Trump ditembak dan cedera semasa ucapannya dengan seorang peserta perhimpunan terbunuh dan dua lagi cedera.

Perkhidmatan Rahsia memuat naik video di media sosial menunjukkan Trump berjalan turun dari tangga pesawat kempen beliau tanpa bantuan. - Bernama-UPI

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!