Jangan mansuh tapi tambah baik

Iklan
Erwan

KUALA LUMPUR - Cadangan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) adalah tidak wajar.

Sebaliknya, Ahli Majlis Eksekutif Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Erwan Tahir berpendapat, penambahbaikan perlu dilakukan mengikut keperluan sekiranya wujud kelompongan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pindaan hendaklah dibuat dengan lebih teliti untuk memastikan undang-undang itu memberi kebaikan kepada negara dan rakyat keseluruhannya.

"Penambahbaikan itu perlu. Sesuatu akta digubal adalah untuk kepentingan majoriti. Itu yang penting. Bukan untuk lindungi minoriti atau pelaku.

Iklan

"Cuma dari semasa ke semasa, memang perlu disemak dan ditambah baik, mengikut keadaan yang berubah-ubah. Akta yang dibuat lebih 10, 15, atau 20 tahun dulu mungkin sudah tidak releven lagi untuk sekarang.

"Sebab itu kita kena semak semula. Bukan dimansuhkan terus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berpendapat, untuk memerangi jenayah, negara memerlukan undang-undang yang berkesan.

"Jika sebaliknya, segala usaha untuk memerangi dan membanteras jenayah adalah tidak akan berhasil.

"Sungguhpun ada pihak yang menganggap akta-akta tersebut dilihat melanggar hak asasi manusia terutama kepada orang yang dituduh, tetapi kita juga perlu mengutamakan hak mereka yang menjadi mangsa jenayah dan juga ahli keluarga mereka,” ujarnya.

Justeru, Erwan menegaskan pihaknya bersetuju dengan keputusan kerajaan mengekalkan ketiga-tiga akta tersebut.

"Diharapkan pihak kerajaan dapat menjemput MCPF apabila hendak membuat keputusan berkenaan akta berhubung dengan soal keselamatan selepas ini,” katanya.