PUTRAJAYA - Masjid Putra di sini ditutup untuk lawatan bagi pengunjung bukan beragama Islam bermula jam 2 petang tadi susulan kebimbangan terhadap wabak koronavirus.
Jurucakap pengurusan Masjid Putra ketika dihubungi Bernama berkata, penutupan itu berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak dan buat masa ini masjid tersebut hanya dibuka kepada pelawat beragama Islam untuk menunaikan solat.