Pengawal keselamatan tembak pegawai bank terlepas hukuman gantung

Iklan
Seorang bekas pengawal keselamatan warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila terlepas hukuman gantung atas kesalahan membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya, pada 2013.

JOHOR BAHRU - Seorang bekas pengawal keselamatan warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila terlepas hukuman gantung atas kesalahan membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya, pada 2013.

Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru pada Isnin mengetepikan hukuman gantung berkenaan terhadap La Ode yang berusia 47 tahun.

Iklan
Iklan

Keputusan itu dibuat panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.

La Ode dijatuhkan hukuman penjara 38 tahun berserta 12 sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan

Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 10 November 2013.

Dia didakwa membunuh Norazita Abu Talib yang ketika itu berusia, 37, dalam bangunan AmBank di alamat Nombor 5 dan 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya di antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.

Iklan

La Ode kemudian dilaporkan meminta rakan sekerja mangsa untuk mengisi wang bernilai kira-kira RM500,000 ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, Kee Wie Lon yang dibantu pelatih guaman, Ee Gen You.

Pada 29 Februari 2016, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mengekalkan hukuman gantung terhadap tertuduh selepas panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif.

Keputusan itu dibuat selepas panel hakim sebulat suara menolak rayuan La Ode kerana berpuas hati terdapat bukti mencukupi bagi mengekalkan Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, sebelum itu.

La Ode menetap di Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan palsu untuk menetap dan mencari kerja di Malaysia sebelum menjadi seorang pengawal keselamatan pada tahun 2012.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!