Tindakan tegas jika komen jelik, bersifat jenayah, ekstrem - Fahmi

Iklan
Fahmi Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melontarkan komen jelik, bersifat jenayah dan ekstrem menerusi platform media sosial termasuk di aplikasi WhatsApp, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di sini pada Isnin, beliau turut mendedahkan terdapat penyebaran kenyataan tidak bermoral dan bersifat jenayah termasuk ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

"Dalam sehari dua ini... di Amerika Syarikat ada percubaan pembunuhan terhadap mantan presiden Donald Trump... saya kesal kerana tersebar dalam WhatsApp kenyataan yang sangat tidak bermoral dan bersifat jenayah

"Ada kata yang patut ditembak bukan hanya di sana, (mereka) beri bayangan threat of violence. Ugutan jenayah termasuk ugutan bunuh terhadap perdana menteri. Berbeza pandangan tidak apa, tetapi jangan terlalu ekstrem, ini keterlaluan,” katanya.

Iklan

Sementara itu Fahmi berkata. beliau akan bertemu ketua-ketua editor dalam masa terdekat susulan komen bersifat ekstrem ditulis dalam berita yang dimuat naik di platform media sosial masing-masing.

AKAN MENYUSUL

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!