Akta Anti Lompat Parti: 'Bersatu digigit kelompangan ciptaan mereka'

Iklan
Amirudin ditemui pemberita selepas menyempurnakanMajlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKPP) Kampung Tradisi Negeri Selangor di sebuah hotel di sini, pada Isnin.

SHAH ALAM - Kelompongan Akta Anti Lompat Parti adalah hasil bantahan wakil rakyat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili Perikatan Nasional.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, bantahan itu dibuat bagi menjustifikasikan tindakan mereka meninggalkan beberapa parti termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Dan hari ini mereka digigit dengan kelompongan yang mereka ciptakan dan saya bukan hendak memulangkan paku buah keras tetapi realiti sejarahnya seperti itu.

"Tetapi kalau rasa ingin meminda (semula), bawa usul dan bincang dengan kerajaan terutamanya dan saya yakin kerajaan bersedia untuk berbincang dengan pihak terbabit," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKPP) Kampung Tradisi Negeri Selangor di sebuah hotel di sini, pada Isnin.

Amirudin (lima dari kiri) bersama tetamu kenamaan dan wakil JKPP daerah Klang.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dilaporkan berkata, tidak berlaku kekosongan kerusi membabitkan enam bekas wakil rakyat Bersatu yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Enam Ahli Parlimen itu ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), dan Zahari Kechik (Jeli).

Selain itu, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Berikutan itu, Perdana Menteri kemudiannya dilaporkan berkata, kerajaan sedia berbincang bagi meminda akta lompat parti untuk memperbaiki kelompangan yang terdapat dalam undang-undang tersebut.

Mengulas lanjut Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, pindaan itu juga akan menjadi lebih mudah sekiranya kelompangan dalam undang-undang itu dibawa pihak kerajaan.

"Dokumen pindaan, perlembagaan adalah tidak statik dan wajar kalau ada pindaan tertentu dirasakan namun kena bincang di Parlimen.

"Tapi kita kena faham sejarah, sejarahnya memang kelompongan ini adalah bantahan daripada wakil rakyat dan perwakilan Bersatu ketika itu. Ini adalah lubang dicipta mereka, bukan kita yang cipta dan hal ini perlu diinsafi semua," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!