Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat ulang tahun kepada Sultan Brunei

Iklan
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada Isnin berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah. - Foto Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Isnin berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan semoga Allah SWT merahmati Sultan Brunei dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia baginda.

Iklan
Iklan

Negara Brunei hari ini meraikan Hari Keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-78.

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967. - Bernama

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!