Tidak ada pengikut Millah Abraham di Kelantan

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mohd Asri

KOTA BHARU - Tidak ada sebarang laporan berkaitan penyebaran ajaran sesat Millah Abraham dikesan berlaku di Kelantan setakat ini.

Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, bagaimanapun ketika ini kerajaan negeri memantau ketat perkara itu bagi mengelak dan mengekang penularan ajaran berkenaan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, penguat kuasa agama di Kelantan tidak menerima laporan berkait ajaran sesat Millah Abraham.

"Ajaran sesat ini boleh jadi bertambah kerana penggunaan media sosial dan ada orang semakin berani, namun penguatkuasaan ketat dilakukan di Kelantan bagi mengelak ajaran itu tersebar,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Program Pemuliaan Abu al-Quran bersama Penenggelaman Vessel Lucut Hak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan, di perairan Kuala Besar dekat sini pada Isnin.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Iklan

Beliau berkata, usaha pencegahan perlu dilakukan secara menyeluruh melibatkan semua pihak terutama badan penguatkuasa agama.

"Jangan dibiarkan kerana perkara itu boleh memberi kesan buruk lain kepada masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada tahun 2017 memfatwakan ajaran Millah Abraham sebagai menyeleweng dan bertentang dengan ajaran Islam.

Pada Rabu lalu, akhbar melaporkan tiga beranak dipercayai pengikut Millah Abraham ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam serbuan di dua buah rumah berasingan di Sungai Kelamah, Gemas dan Palong 3, Jempol, Negeri Sembilan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!