Remaja jatuh Sungai Pahang ditemukan lemas

Iklan
Mangsa ditemukan lemas pada Isnin selepas dipercayai terjatuh ketika menangkap ikan pada Sabtu. Foto ihsan JBPM

PEKAN - Remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot di Sungai Pahang dekat Kampung Orang Asli Tanah Merah di sini pada Sabtu, ditemukan lemas pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Danial Fakhrullah Mohd Azri, 17, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran ditemui penduduk kampung dalam keadaan terapung pada jam 11.44 pagi iaitu 25 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Iklan
Iklan
Mangsa ditemui terapung oleh penduduk kampung pada jam 11.44 pagi. Foto Ihsan JBPM

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Isnin membabitkan kaedah di permukaan menggunakan bot aluminium dan pencarian sekitar tebing sungai.

"Pencarian dibuat dalam lingkungan 15 km dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Iklan

"Operasi membabitkan seorang pegawai dan 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan dibantu BBP Maran dan Bukit Angin selain pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam," katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Foto ihsan JBPM

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika menangkap ikan di Sungai Pahang pada pagi Sabtu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!