Kuljanac sudah jangka mampu kecewakan Selangor

Iklan
Pemain KL City, Paulo Josue (dua, kanan) melakukan percubaan sambil dihalang penjaga gol Selangor FC, Samuel Somerville (kanan) ketika perlawanan Liga Super 2024 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Ahad. Foto Bernama

KUALA Lumpur (KL) City sudah dapat menjangkakan corak permainan yang akan diperagakan Selangor FC ketika mereka menewaskan pasukan jiran setempat itu 1-0 dalam aksi Liga Super pada Ahad.

Pengendali KL City, Miroslav Kuljanac berkata, beliau telah menganalisis perlawanan Selangor selain menegaskan mereka tidak bermain dalam tekanan sekali gus berjaya meraih tiga mata berharga.

Iklan
Iklan

"Perlawanan berlangsung seperti apa yang saya jangkakan. Saya menganalisis semua perlawanan mereka (Selangor) dan saya katakan tiga hari sebelum ini bahawa mereka mempunyai pemain yang bagus tetapi mereka ada kelemahan.

"Hari ini kami menggunakannya, pergerakan pantas dan serangan balas selain kami bermain di 'mid block' dan mereka tidak dapat melakukan apa-apa.

Iklan

"Saya tenang dalam persiapan untuk perlawanan ini kerana kami tidak berada dalam tekanan. Mereka (Selangor) yang tertekan," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Pemain tengah KL City, Jovan Motika meledak gol tunggal yang juga gol kemenangan pasukan Lembah Klang itu pada minit ke-63.

Iklan

Dalam pada itu, beliau juga menghamburkan pujian terhadap pemain walaupun pasukan itu sedang menghadapi masalah di luar padang.

"Saya katakan bahawa kami profesional dan tahniah kepada mereka kerana saya tidak nampak ia memberikan impak dalam sesi latihan.

"Mereka bekerja keras, ia tidak mudah dan saya katakan kepada mereka tidak boleh putus asa terutama sebelum perlawanan ini. Anda boleh lihat keputusannya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!