Bayi perempuan melecur terkena seterika

Iklan
Gambar hiasan 123RF

PETALING JAYA - Seorang bayi perempuan melecur di bahagian badan akibat terkena seterika dalam kejadian dekat sebuah rumah di Ara Damansara pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berumur 16 bulan itu sedang bermain dengan sepupunya.

Iklan
Iklan

"Kakak sepupu mangsa itu kemudian memeluk mangsa dengan tujuan untuk memujuk sambil memegang seterika kerana bimbang terjatuh," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, ketika kejadian adiknya telah datang sebelum seterika yang dipegang terkena bahagian belakang badan mangsa.

Iklan

"Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Setakat ini, polis telah merakam percakapan lima penghuni rumah terbabit," katanya.

Iklan

Menurutnya, tiada sebarang tangkapan dijalankan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!